Kuala Lumpur 9 Mac 2009 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Antara kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah;Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Majlis turut disertai 100,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, swasta, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan.
Kontinjen Jabatan Penjara pada kali ini disertai oleh para pegawai dari Maktab Penjara Malaysia, Kajang dengan kekuatan anggota seramai 100 orang.
""